Senin, 16 Juni 2008

Dr Mahathir Mohamad: Openness

Dr Mahathir Mohamad: Openness

Aduhai Tanahair Ku Malaysia

Assalammulaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman,

Tiap-tiap hari saya baca 3 jenis surat khabar seperti utusan malaysia, berita harian dan the star untuk saya memahami apa yang sebenarnya sedang berlaku dinegara kita ini. Saya sebenarnya tak berminat dalam dunia politik. Tapi bila keadaan sekarang ini kos hidup amat tinggi disebabkan oleh kenaikan bahan api dan saya lihat kurang perancangan yang rapi dibuat oleh kerajaan (EPU) berbanding dengan zaman TDM, jadi saya terpanggil untuk menyuarakan pandangan saya. Kadang-kadang saya fikir kerajaan sekarang diurus seperti system cowboy dan boleh di kira sebagai fire fighting system. Kenaikan harga minyak berlaku di negara jiran kita sebelum berlaku di Malaysia. Cara negara jiran kita cuba membantu orang-orang miskin ialah dengan memberi bantuan wang tunai lebih kurang sebanyak RM40/keluarga (RM1.33/hari/keluarga). Pemberian wang tunai ini langsung tidak membantu orang-orang miskin ini. Yang saya heran kat Malaysia punya ramai orang yang bijak pandai pun cuba meniru system negara jiran kita. Yang beza sikit kita kena bawa I/C dan nombor geran kereta, tapi kat negara jiran di orang pakai kupon (jadi banyaklah penipuannya) untuk mengambil wang bantuan@subsidi ni. Yang kedua kerajaan tak mengkaji terlebih dahulu ke kesan kenaikan harga minyak kepada kos pengeluaran barang, pengangkutan, kadar inflasi negara dan kuasa beli rakyat. Adakah gaji pekerja-pekerja di malaysia naik selaras dengan kenaikan kos sara hidup ini. Sekiranya tidak naik apakah kesannya? Mungkinkah ini akan mendorong meningkat kejadian jenayah seperti kecurian, rompakan atau jenayah kolar putih seperti rasuah. Pada pandangan saya kes kenaikan harga minyak ni hampir sama dengan kes kejatuhan ekonomi dunia pada tahun 1997 dan kejatuhan matawang ringgit yang berlaku pada tahun 1998. Tindakan kerajaan mempertahankan kadar pinjaman asas (BLR) adalah satu tindakan yang bijak. Kesannya economi domestik masih mampu bertahan dan rakyat dapat hidup selesa walaupun sederhana. Harga barang tidak melambung naik seperti sekarang. Saya harap komen saya ini dapat membuka minda kerajaan kita supaya memikirkan jalan yang lebih berkesan untuk menangani masalah kenaikan harga bahan api dunia selain dari memberi rebet tunai kepada rakyat melalui pejabat pos (menambah administrative work kepada pejabat pos). Hari ni saya ada baca kat surat khabar kerajaan umumkan insentif baru untuk pelabur-pelabur melabur di ECER dengan memberi pengecualian cukai selama 10 tahun. 10 tahun itu terlalu lama dan adakah ini berkesan. Saya fikir apa yang pelabur perlukan adalah good infrastructure, political stability dan consistant goverment procedures with less beaucratic. Janganlah jadi seperti negara jiran kita bila keadaan dah tak terkawal hari-hari ada demo, rasuah dah jadi budaya, yang kaya terus kaya dan yang miskin hidup merempat. Fikir-fikirkanlah macamana naik memperbaiki keadaan sekarang ni sebelum nasi dah jadi bubur sebab saya orang biasa tak ada pangkat atau kedudukan. Kepada ahli-ahli politik dan pemimpin yang ada sekarang apakah nawaitu anda sebenarnya. Ingin menjadi pemimpin yang adil atau ingin jadi pemimpin yang kaya raya. Janganlah kita mementingkan kesenangan dunia tapi lupa balasan akhirat. Wassalam.